Cuaca agak redup, lega rasanya bila cuaca sebegini, fikiran lebih tenang, badan pun kurang letih, semuanya berjalan lancar apabila badan dan fikiran tidak terganggu. Terlalu banyak isu dalam negara kita sekarang ini yang menyebabkan sifat TAKSUB ini semakin utuh tersemat dalam diri sesetengah individu itu.
Ketaksuban kita dengan sesuatu perkara ini akan menyebabkan kita hilang pemikiran yang rasional dalam menilai sesuatu perkara ini. Kita akan lebih mudah untuk terus percaya perkara yang dilakukan atau diberikan oleh pihak yang kita taksub dengannya. Namun sejauh mana kita sedar bahawa kita sebenarnya sudah menjadi pengikut atau peminat yang taksub? Apabila kita sendiri yang ingin menilai tahap ketaksuban diri sendiri, pastinya sukar untuk melakukannya. Ini sudah menjadi lumrah kehidupan, ianya adalah amat sukar untuk kita menilai sendiri perkara yang kita lakukan, terutama kelakuan yang kita buat tanpa sedar.
Taksub terhadap sesuatu perkara ini akan menyebabkan kita melakukan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan, contohnya apabila kita tidak berminat dengan pihak A, semua perkara yang baik atau buruk daripada pihak A akan kita nilai sebagai buruk, dan ini berlaku hanya kerana kita telah taksub kepada pihak B. Adakah ini yang cuba kita capai dalam kehidupan? hanya berpihak kepada satu pihak dan akan menyalahkan pihak yang lain?
Setiap individu, perkara atau kejadian dalam dunia ini pasti ada baik dan buruknya, positif dan negatifnya, kita sebagai manusia yang lemah perlu mengelakkan diri sendiri daripada terlalu taksub kepada sesuatu perkara. Tidak kiralah perkara itu mengenai makanan, pakaian, hiburan, pendidikan, politik dan lain-lain. Apabila kita terlalu taksub, kita sudah tidak dapat menggunakan akal fikiran untuk menilai sesuatu itu dengan baik. Perkara buruk yang dilakukan oleh pihak yang kita gemari akan kita nampak baik juga, sedangkan perkara baik yang dilakukan oleh pihak yang kita tidak gemari akan nampak buruk pula.
Nampak bagaimana ketaksuban ini hanya mendatangkan keburukan semata-mata, kita perlu lebih bijak dalam menilai sesuatu perkara dan keadaan itu, kerana jika kita hanya menumpukan kepada keburukan pihak lain, pasti hanya keburukan yang kita nampak dan sekiranya kita hanya menumpukan kebaikan kepada pihak yang kita gemari, hanya kebaikan yang akan kita nampak. Walhal tiada pihak yang benar-benar sempurna dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak pernah bebas daripada melakukan sebarang kesilapan.
Marilah sama-sama kita menjadi seorang individu yang dapat menilai dengan lebih bijak dan bebas daripada sifat seperti taksub, fanatik dan sebagainya. Aku mohon maaf kalau ada menyinggung mana-mana pihak, sekadar ingin menyampaikan apa yang telah terbuku dalam hati sekian lama ini.
Sifat ego (Ananiah) manusia akan selalunya lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah cukup sempurna, sudah cukup bijak dan cukup pandai dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat, terlalu kecil dan kerdil dibandingkan dengan apa yang dia miliki..Terlalu sibuk dengan diri sendiri, terlalu sibuk mencanangkan sudah melakukan sesuatu, sudah memiliki itu, memiliki ini, sudah pergi kesana kesini, sudah tahu segalanya.. Sudah menjalani apa yang orang lain belum jalani..

Thursday, 6 July 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment