Friday, 7 July 2017

Kedegilan, ego tutup kebenaran Islam

Agama disebar Nabi Muhamad dirasai asing jika tiada iltizam

FAKTOR Islam dalam kehidupan masyarakat antarabangsa sejak dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW 1,441 tahun lalu hingga hari ini sangat menarik untuk diperhati dan dikaji.

Bahkan ia tidak saja bermula dari zaman Baginda Rasulullah tetapi bermula sejak seruan pertama Nabi Nuh seperti diungkapkan al-Quran yang bermaksud: "Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata. Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertakwalah kepada-Nya, serta taatlah kamu kepadaku." (Surah Nuh: 2-3)

Perhatian dan kajian saksama diperlukan kerana dengan memahami ajaran Islam yang satu-satunya ajaran Ilahi yang ditujukan kepada umat jin dan manusia, maka kehidupan manusia akan berjalan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Firman-Nya dalam al-Quran bermaksud: "Apa yang kamu sembah, yang lain daripada Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Dia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (Surah Yusuf: 40) Ayat sama juga boleh dibaca pada Surah al-Rum ayat 30.

Faktor Islam dalam kehidupan masyarakat antarabangsa adalah faktor dagang, asing, janggal, aneh atau pelik, oleh itu dalam kedagangan, keasingan, kejanggalan, keanehan dan kepelikan itulah keberuntungan berada. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: Bersabda Rasulullah saw: "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing".

Bagaimana tidak asing? Ketika semua manusia tidak menghiraukan waktu berjumpa dengan al-Khaliq, Pencipta, malah umat Islam mempunyai kewajipan untuk menghadap-Nya sebanyak lima kali sehari. Bagaimana tidak asing? Ketika semua manusia tidak mengendahkan halal dan haramnya makanan dan minuman malah umat Islam mempunyai kewajipan untuk tidak memakan dan minum benda haram.

Bagaimana tidak asing? Ketika semua manusia tidak ambil kisah mengenai tutup aurat, malah umat Islam berkewajipan untuk melakukannya. Bagaimana tidak asing? Ketika semua manusia tidak mengambil peduli kedudukan hartanya sama ada diperoleh melalui riba mahu pun tidak, umat Islam dilarang untuk menceburkan hartanya dalam lautan darah riba. Bukankah itu satu keasingan?

Al-Banjari menulis: "Islam mulai tersebar di Makkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia sehingga dianuti oleh ramai penduduk dunia.

Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada Islam berasa ganjil dan pelik apabila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar, sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Faktor Islam adalah penentu antara yang hak dan yang batil. Sepanjang sejarah dakwah Islam selalu ada gerakan yang disebutkan al-Quran yang bermaksud: "Dan mereka pula melarang orang ramai daripada mendengar al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya." (Surah al-An'am: 26)

Dalam era dakwah zaman Rasulullah SAW, pemuka zalim Quraisy melakukan gerakan di atas seperti kita baca daripada sebab diturunkan Surah al-An'am sebanyak 165 ayat sekali gus dalam satu malam. 'Silent majority' (majoriti senyap) penduduk Makkah sebenarnya tidak mendustakan Baginda bahkan mahu menerimanya. Hatta, Abu Jahal pun sebenarnya membenarkan kenabian baginda SAW seperti yang kita baca dalam kisah berikut dalam Tafsir Ibnu Kathir.

Pada satu malam Abu Jahal sengaja ingin mendengarkan bacaan al-Quran Rasulullah. Dia pergi secara senyap ke rumah Rasulullah pada malam itu. Pada masa sama, Abu Sufyan dan al-Akhnas bin Shuraiq juga melakukan perbuatan yang sama dan terjadilah pengintaian rumah baginda bersama-sama pada malam itu tetapi satu sama lain tidak menyedarinya.

Apabila Subuh hampir, masing-masing meninggalkan tempat mengintai dan mereka akhirnya bertembung dalam perjalanan pulang dan masing-masing saling bertanya dari mana. Mereka menjawab dengan jujur datang dari mendengarkan bacaan Muhammad.

Ini adalah perkara yang sangat berbahaya, bagaimana boleh pemuka Quraisy dengan secara senyap mendengarkan bacaan Muhammad. Jika diketahui masyarakat Quraisy pasti akan memicu keresahan mereka. Akhirnya mereka bertiga berjanji untuk menyimpan rahsia mereka dan tidak akan mengulanginya lagi.

Malangnya, kejadian sama berulang selama dua malam berikutnya. Setelah beberapa hari berlalu daripada malam terakhir kejadian mengendap itu, Al-Akhnas datang kepada Abu Sufyan dan berkata: "Apa pendapatmu, wahai Abu Hanzalah mengenai yang kamu dengar malam itu?" Abu Sufyan menjawab: "Demi Allah wahai Abu Tha'labah, aku telah mendengar sesuatu yang pernah aku dengar dan memahaminya dan aku juga telah mendengar sesuatu yang belum pernah aku dengar dan tidak memahaminya." Al-Akhnas berkata: "Aku pun demikian."

Dia juga pergi untuk berjumpa dengan Abu Jahal dan berkata kepadanya: "Wahai Abu al-Hakam? Apa pendapatmu mengenai yang kamu dengar daripada Muhammad pada malam itu?" Abu Jahal menjawab: "Kami berlumba-lumba kedudukan selama ini menentang puak Abu Manaf, mereka memberi makan (kepada jemaah haji), kami pun demikian; mereka memilik panji kebesaran, kami pun demikian; mereka menjadi pemurah kami pun demikian. Tetapi ketika kami berhadapan dengan mereka dan kami seperti penunggang kuda yang perkasa kemudian mereka mendakwa bahawa mereka memiliki seorang nabi, sedangkan kami tidak. Maka demi Allah, kami tidak akan mempercayainya selama-lamanya." Al-Akhnas pun meninggalkan Abu Jahal setelah mendengarkan apa yang dikatakannya. Dalam perang Badar, Abu Jahal pernah mengaku kepada al-Akhnas bahawa Muhammad adalah benar dan dia tidak pernah berbohong. Tetapi apalah guna pengakuannya seandainya tidak dibuktikan dengan keimanan. Abu Jahal terbunuh dalam perang Badar ini.

Kedegilan Abu Jahal untuk tidak menerima hakikat kenabian Muhammad yang membawa faktor Islam dalam kehidupan masyarakat Quraisy berpunca daripada sifat ego yang membabi buta sehingga tidak mahu menerima kebenaran padahal seperti dikatakan al-Quran yang bermaksud: "(maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakamu, tetapi orang zalim itu mengingkari ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata." (Surah al-An'am: 33)

Jika kita hubungkaitkan kewujudan faktor Islam dalam masyarakat Quraisy pada zaman Nabi dengan faktor Islam dalam masyarakat antarabangsa pada hari ini, dilihat tidak jauh bezanya.

Wallahualam.

10 Pintu Syaitan dalam Diri Manusia

Mengikut ulama', syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu:

1- Melalui sifat SOMBONG dan ANGKUH. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada sifat manusia yang ego dan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2- Melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang benar dan fisabilillah (di jalan Allah).

3- Melalui sifat TAKABBUR dan BONGKAK. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan bahawa dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidupnya. Mereka lupa bahawa kesenangan dan kemewahan serta nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman yang bermaksud

"Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." -Surah an-Nahl. ayat 23-
 

4- Melalui sifat KHIANAT. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. Manusia yang melanggari peraturanAllah juga dikira mengkhianati, namun dengan khianat yang sangat besar.

5- Melalui sifat TIDAK SUKA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT. Nabi Muhammad S.A.W sentiasa menasihati sahabat-sahabat baginda agar menjauhi sifar ini melalui hadis baginda :

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w , sabdanya yang bermaksud, "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Al-Bazzar)

6- Melalui sifat HASAD. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;

"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7- Melalui sifat SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN. 


Sifat ego manusia akan selalunya lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. 

Abu Umamah pernah beriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud; "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah ORANG TUA, ORANG YANG BERILMU  dan IMAM(PEMIMPIN) YANG ADIL. (Riwayat Muslim)

8- Melalui sifat UJUB atau BANGGA DIRI. 


Menurut ImamAhmad, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud; "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja."( Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9- Melalui sifat SUKA BERANGAN-ANGAN. Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.

10- Melalui sifat BURUK SANGKA. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;

"Nanti akan ada seseorang yang berkata kepada oarang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah yang sebenarnya rosak dirinya." ( Riwayat Muslim)

Jadi InsyaAllah, marilah kita sama-sama merenng diri kita sekiranya kita mempunyai mana-mana sifat-sifat diatas. Dan InsyaAllah, bersama-samalah kita mengatasi dan menukar sifat-sifat mazmumah dalam diri kepada sifat-sifat mahmudah....

Sebar-sebarkan dan selamat beramal..

Wallahu'alam



Ego dan Keserakahan Pangkal Kesombongan [bahasa-Al Quran]

Assalamualaikum Wr Wb

Bissmillahirrohmaanirrohiim

“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung”. QS.Al-Isra (17) : 37.

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri”. QS. Luqman (31) : 18.

Sombong penyakit yang menghinggapi kita tanpa kita sadari, Allah SWT menciptakan kita sebenarnya terdiri dari dua sisi, yaitu ego dan kesadaran, akan tetapi perjalanan hidup kita, kita lebih cenderung menggiring diri kita sendiri menuju ego, dan ego inilah yang memperkenalkan kita kepada keserakahan dan kebencian, kedua sipat buruk inilah akar dari timbulnya kesombongan, sebagaimana firman Allah dalam QS. Abasa (80) ayat 5. yang artinya “Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup”, maksudnya seseorang yang merasa dirinya serba berkecukupan, kita merasa berkecukupan dibidang materi, kita merasa lebih kaya, kita merasa lebih cantik, kita merasa lebih terhormat, dan pada Al-Qur’an Surat Al-Hujurat (49) ayat 17 Allah SWT mengatakan yang artinya “Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: "Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar".

Dengan ayat ini Allah SWT hendak mengingatkan kepada kita agar kita tidak merasa lebih pintar, lebih pandai dan merasa lebih dominan, merasa lebih berpengalaman, merasa lebih berwenang, merasa lebih berwawasan, dan lain sebagainya dan juga kita menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, lebih ikhlas dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain, dengan demikian kita sudah menggiring diri kita sendiri dalam murkanya Allah sebagaimana firman Allah dalam QS. An-Nisa (4) ayat 36. yang artinya “ ………Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga - banggakan diri”.

Kita mestinya sadar bahwa ketika kita dilahirkan di dunia ini, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya serta tidak tau apa apa, sesuai firman Allah dalam QS. Al-Mu’min (40) ayat 67.yang artinya “Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes, air mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa),….”, QS. Al-Insaan (76) : 2. yang artnya “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”.  

Akan tetapi, seiring dengan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, cita cita dan lebih dari sekadar yang kita butuhkan dalam hidup ini, kita selalu mengatakan bahwa kita memerlukan lebih banyak dan lebih banyak lagi, sebagai mana yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam QS. Al-Imran (3) ayat 14. yang artinya “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah  kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
 

Ego kita menggiring diri kita dalam bentuk harga diri dan percayaan diri, akan tetapi begitu kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan, kita sudah berada sangat dekat dengan kesombongan, ketahuilah wahai saudaraku bahwa batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas, semakin tinggi tingkat kesombongan kita, semakin sulit pula kita mendeteksinya, sombong karena materi sangat mudah terlihat, namun sombong karena pengetahuan dan ilmu, apalagi sombong karena kebaikan, sulit terdeteksi karena seringkali hanya berbentuk benih - benih halus di dalam batin kita.

Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju kesadaran sejati, untuk bisa melawan kesombongan dengan segala bentuknya, kita perlu menyadari bahwa pada hakikatnya kita dilahirkan dimuka bumi ini, untuk menyembah Allah dan juga agar kita melakukan Amar makruf nahi mungkar QS. At-Taubah (9) ayat 71. yang artinya “Dan orang - orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Dan kita juga harus menyadari bahwa apa pun perbuatan yang kita lakukan, akan kembali kepada kita sendiri, juga demi diri kita sendiri, bila kita berbuat baik kepada orang lain hakekatnya sama dengan kita telah berbuat baik pada diri kita sendiri, demikian sebaliknya, dan kebaikan yang telah kita lakukan kepada orang lain, pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta dan kasih sayang, QS. Al-Isra (17) ayat 7. yang artinya “Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri…….”.

Semoga Allah SWT, memberi kekuatan agar kita selalu berbuat baik,  sekaligus meninggalkan sifat sombong, karena sesungguhnya sombong dan kesombongan hanya milik dan untuk Allah sang maha pencipta dan maha pemilik bumi dan langit serta isinya, dan semoga kita semua diberi kekuatan agar menganjurkan untuk tetap berbuat baik, serta mencegah perbuatan yang mungkar, Aamiin Yarobbal Alamiin.

Semoga bermanfaat khususnya buat saya dan keluarga, dan umumnya pada kita semua, terimakasih, mohon maaf bila kurang berkenan.


Marilah kesali Dosa, tidak Ego..

"Firman Allah swt: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (At-Tiin 4)"

1. Jika sentiasa patuh dan serahkan ke kehendak nafsu. Hancur binasalah dunia ini. Gay, lesbian, tipu, rasuah, curi, bunuh, zalim, bebas aurat, pergaulan, zina, sumbang mahram, anak luar nikah, arak, dan sebagainya lagi, andai dihalalkan dan tiada halangan. Entah, apa jadi dengan dunia ini. Memang kelam kabut dan habis celaru, punah rosak. Seperti binatang yang kita lihat. Begitulah Al-Quran sifatkan lebih teruk dari binatang kerana kita ada akal. Sudah pasti, kita semua secara fitrah asalnya tidak sesekali mengingini dan benci sifat ini. Ini sifat asal pada setiap manusia. Namun nafsu sentiasa menghasut. Kita manusia, Allah kurniakan akal dan nafsu. Binatang hanya nafsu, sedang malaikat tiada nafsu. “Demikian ada pendapat yang menyatakan, ada manusia yang tahapnya lebih mulia dari malaikat. Dan ada yang menyatakan sebaliknya”. Apabila berjaya mengawal kedua-duanya pemberian ini. Lebih dari malaikat atau teruk dari binatang.

2. Islam mengawal nafsu, meletakkan cara yang sesuai. Cara ini yang dapat menyelamatkan dan membentuk kita. Kita nak harta yang banyak, tapi bukan dengan mencuri, menipu. Kita saling ingin untuk bebas bergaul, tapi bukan dengan zina, lalu anak luar nikah. Kita nak agar orang tertarik dengan kita, tapi bukan dengan pakai seksi. Kita nak cari duit, tapi bukan dengan jadi pelacur, jual dadah. Begitulah perkara lain lagi. Memang semua ini bukan senang nak hindar dan ubah. Tapi difikir, amat munasabahlah ganjaran syurga yang Allah janji kelak. Semua ini, kita tak akan dapat tinggal dan kawal melainkan setelah hubungan kita dengan Allah kuat. Tauhid, keimanan kita kepada Allah. Amal, ketaatan kita pada tiap suruhan Allah. Semuanya berkait rapat soal rukun Iman dan Islam. Inilah penting dan tujuan besarnya segala ibadat yang diwajibkan Allah. Kesan untuk diri, hubungan dengan Allah. Kearah membentuk manusia yang mulia, yang berakhlak. Ini ujian dan ini tujuan kita hidup, sebab kita bukan kekal disini. Bersambung ke alam Akhirat. Begitu juga kes pengeboman berani mati sesukanya, cara ibadat yang melampau dan berikutnya lagi. Ia bukanlah dari ajaran Islam.

3. Yang terlanjur, pernah buat jahat, keji dahulu. Islam buka pintu seluasnya pada kita. Jangan kita sombong. Kita perlu kembali, usaha berubah taatkan perintah Allah. Jangan ikut iblis yang sombong, dia rasa tak patut taat perintah Allah. Kenapa perlu taat pada perintah Allah? Sedang aku dari api, Adam dari tanah. Begitulah kita, jangan sampai fikir demikian. Kita fikir kita ini macam mana yang asalnya dari dalam kandungan, dari air mani. Kadang hakikatnya, bila kita ingat semula dosa, perbuatan yang kotor, yang jahat kita lakukan. Kita rasa, bodohnya, peliknya, teruknya aku. Macam mana aku boleh buat macam tu, kenapa aku sanggup buat. Tak berfikirkah aku ketika tu. Itulah nafsu, saat akal tak berfungsi. Iman lemah. Keinginan ini sebenarnya fitrah, fungsikanlah ia dengan iman. Tidak bertindak mengikut nafsu.

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah."

Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina." (Al-A'raaf 12,13)

Iblis diberi syurga, disuruh agar sujud. Kita diberi dunia, disuruh supaya patuh. Gunalah nikmat dunia dalam keadaan tidak lalai. Guna nikmat dunia dengan berpatuhkan Allah.

Firman Allah swt: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. (Al-Hajj 5) 

“Begitulah beratnya hukum bagi orang yang tidak Solat, jenayah yang paling teruk. Kerana sifat sombong” 

4. Banyak dan berat mana dosa kita, kembalilah kita bertaubat. Banyakkan, lebihkan amal, kebaikan. Ia akan menghapus kejahatan, ia akan lahir rasa malu, rasa bimbang, tidak selesa untuk buat dosa. Selalu bersalah dan tidak berputus asa, lalu terus bertaubat. Kelak, lama-kelamaan, ia akan menenggelamkan kejahatan. Hati akan tawar dengan maksiat. Nabi saw pernah bersabda: “Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dihasankan oleh al-Albani)”. Ini gambaran, kita tak dapat lari dosa, namun bukan semesti kita perlu redha, terima kerana bersandar pada hadis ini. Hadis ini menyatakan, yang sifat sememangnya manusia ini. Allah swt ciptakan akal dan nafsu, tak ada yang bersih, pasti pernah juga terlanjur. Dan disuruh terus bertaubat. Ini sifat hakikat manusia, jangan kata dan anggap seseorang seperti malaikat atau binatang. Itu lumrah, semenjak kisah Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga. Ini semua pengajaran dan panduan kepada kita.

Seorang sheikh, berkata: Penyakit-penyakit nafsu itu semuanya berpunca daripada keinginan. Manakala penyakit-penyakit hati semuanya berpunca daripada kesombongan. Sesungguhnya Allah mengampunkan maksiat yang terhasil daripada keinginan, dan Dia tidak mengampunkan maksiat yang terhasil daripada kesombongan. Dalilnya, Saidina Adam, maksiatnya adalah keinginan untuk makan buah, sementara Iblis maksiatnya adalah kesombongan, maka Allah mengampunkan Saidina Adam dan tidak mengampunkan Iblis - Dr Muhammad Muhanna”


5. Islam tak kisah banyak mana maksiat yang kita lakukan, jelek mana yang dikerjakan. Kita diberi peluang yang amat luas, demikian jika ada yang terus menghukum, menerakakan orang semudahnya, ia tidak dibenar dan dilarang Islam. Masaalahnya kita sendiri, selama mana kita terus ingin bermaksiat. Semuanya, Allah masih kurniakan kepada kita walaupun kita buat maksiat, rezeki, sihat, umur hidup ini. “Ada orang, andai Allah bagi segala isi dunia kepadanya. Segala nikmat dunia dia dapat kecap dan rasa, dikurniakan segalanya kepada dia. Tiada halangan, hukuman. Dan dia lihat, tahu berlaku kematian, kejadian alam, kemalangan, yang ditimpa penyakit. Hanya satu menjadi bezanya, menjadi ujian besar untuknya. Supaya tunduk jua kepada ketetapan Allah. Hanya agar tunduk perintah Allah. Samada patuh atau tidak? Guna segala nikmat dengan cara yang halal atau tidak? Kenapa ego, tak ingin patuhkan Allah juga dan tidak berusaha”. Kenapa kita pilih jalan yang salah, kita yang menzalimi diri kita sendiri. Kita kena berusaha untuk berubah, guna jalan yang halal, sebab kita ada akal. Ada Allah. Ada kekuatan sebenarnya. Tiap saat hidup, ini peluang dan ruang kita. Ajal itu pasti. Azab atau nikmat itu benar. Hukum Islam berkait segalanya, untuk memulihkan semua keadaan. Bacalah kisah qarun harta yang banyak, firaun kuasa yang hebat, mengaku tuhan. Kaum Nabi lut, dan banyak lagi kisah lain. Kisah ini benar, nyata dalam Al-Quran dan wujud buktinya sekarang. Begitulah iblis, bila sombong asas dan permulaan segalanya. Maka dikurniakan permintaannya dan kelak dengan waktu yang panjang ini akan ke neraka Allah juga. Kita punya harta, dapat rasa banyak nikmat, kita rasa ini usaha semuanya dari kita. Letih, susah, sakit dilalui. Kita tak ingin sandarkan dari Allah, tak ingin jua patuh pada Allah. Inilah bahayanya. Namun, Allah masih juga bagi peluang. Besarnya Rahmat Allah. Kita perlu perhati binatang-binatang yang Allah ciptakan. Perangainya bersandarkan nafsu, dia tak dapat fikir apa niat manusia bela dan suruhnya. Dan kita kena ingat, kita ini adalah “Hamba” Allah. 

“Ujian seseorang, mengikut tahap ketaatannya. Pandangan zahir, bukan hakikatnya” “Keesaan, pergantungan, keyakinan, penyerahan semutlaknya kepada Allah, memudahkan jalannya, merubah segalanya” 

6. Akhirat, ia perkara ghaib. Memang sukar untuk diyakini. Namun ia wajib juga dipercaya, diyakini. Rukun Iman yang kelima kita akui. Yang saya fikir, apabila sudah dewasa. Akal dan segala anggota, sudah sempurna dan waras. Lalu belajar, berkerja dan buat segala yang diingini. Demikian, cuba untuk fikir tentang asal kejadian kita, kadang merasa cukup ajaib. Air mani yang keluar dari kemaluan. Terhasil dari nafsu, disalurkan dengan cara yang halal. Lalu proses demi proses berlaku, yang agak lama. Diberanakkan. Sekiranya ia sekadar dijelaskan dalam Al-Quran atau dari guru-guru. Ia mungkin tak yakin lagi, tapi setelah dapat dikaji dan dilihat sendiri. Dipercayainya. Asalnya tidakpun diketahui dan terfikirpun dengan demikian. Kita pun merasa amat munasabah dan benar. Begitulah akhirat, dicerita juga selengkapnya. Kehidupan lain setelah mati, ditanya, dibangkit, dihimpun, dibicara, diadili, timbangan, titian sirat, syafaat, azab yang pedih dan syurga yang besar nikmat. Namun tak diperlihatkan kepada kita. Tunggu selapas dihidup kali kedua, akan diperlihat. Sudah tentu kita akan percayainya juga. “Bezanya, cuma itu yang lepas dan akhirat akan datang”. Lalu tiada juga lagi ajaibnya. Rasa juga munasabah. “Kita daripada kanak-kanak, tak tahu sesuatu, lalu dapat untuk mengetahui sesuatu. Dan kita dari sudah mengetahui sesuatu, perlu untuk mempercayai, meyakini sesuatu (akhirat)”. Nabi saw sendiri telahpun menceritakan kepada kita, saat Nabi saw diangkat ke langit dalam peristiwa israk mikraj, diperlihatkan kepada Nabi perkara-perkara ghaib ini. Ini sudah memadai meyakininya. Rasul, manusia yang seperti kita dipilih Allah. Jika Allah memperlihatkan selalu, nescaya tiada seorang yang sanggup kufur, derhakan Allah. Namun bagi hati yang pekat dengan sombong, masih juga mengingkarinya. Kita baca kisah mereka yang lihat sendiri mukjizat berlaku dihadapannya, tapi dianggap itu sihir. Bahkan mereka terus makin kuat melawan para Nabi. Mungkin kita sendiri juga belum tentu, andai Allah benar tunjukkan nikmat syurga, tapi sepanjang dunia ini, kita diuji hidangan yang menghalang ke syurga. Kesusahan hidup. Walau sudah nampak, hanya iman yang benar kuat dapat mengatasi keperitan ini. Hanya doa yang terus kita panjatkan.

Al-Quran menyebut secara ditil perjalanan kisah firaun, jasadnya dikekalkan sehingga ke hari ini sebagai pengajaran untuk kita. Firman Allah swt: 

Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus 92) 

7. Sahabat, sampai bila kita ingin berterusan dalam maksiat. Sedang ajal tak dijangka, ia pasti. Muda tak kekal. Sihat tidak jua kekal. Dunia bukan selamanya. Saudara kita, yang telah mati. Yang sedang terlantar dihospital sekarang. Yang ditimpa berbagai musibah. Sakit sihat, susah senang, hidup mati, kuat lemah, gembira derita, bahagia celaka, berjaya gagal. Segalanya dalam kekuasaan, genggaman Allah. Bagaimana sanggup derhaka, ego ketetapan Allah. Tiada malukah kita kepada Allah.

“Hidup bukan hanya memenuhi kehendak perut dan nafsu, syahwat”

8. Hidup kita ini punya tujuannya, bukan sekadar berkerja, makan. Makan bukan hanya untuk Hidup. Hidup bukan hanya untuk makan. Bukan untuk main-main selamanya. Kita ada tujuan dan amanah dari Allah. Akhirat yang diberitahu, hal penting yang wajib sentiasa kita ingat, fikir dan rancang, renunginya. 

Allah swt berfirman: Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mu'minuun 115) 

“Kata pepatah: Siapa yang tujuan hidupnya hanya untuk makan minum, maka nilainya ialah apa yang dibuang dari perut itu” 

Disana kelak, hanya ungkapan sesal. Firman Allah swt: Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat kepada Rasul." (Al-Ahzab 66)

"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah." (An-Naba' 40)

9. Akhirnya, marilah kita saling selalu bermuhasabah. Tidak yang keras kepala dan bukan yang tiada kesal dengan dosa. Bertaubat dan terus berusaha menjauhi segala yang hanya keinginan nafsu. Bimbang ajal yang tak duga, dan rajin sama-sama tingkatkan ilmu agar kuat, meyakini segala ketetapan Allah.

Firman Allah swt: Dari apakah Allah menciptakannya? (´Abasa 18)

Hasan al-Basri, ulama’ taabiin berkata: Bagaimana boleh berlagak sombong seseorang yang keluar dari saluran kencing sebanyak dua kali (zakar dan faraj)? (Tafsir al-Qurtubhi, Maktabah at-Taufiiqiyyah, al-Qaahirah: 19-20)

Sabda Nabi saw: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)

“Kita percaya ada Allah, semua akan mati dan dunia akan musnah. Jika kita tak ingin ikut cara, ketetapan Islam! maka cara apa yang lebih selamat, baik dan sempurna dari Islam?”

“Setiap ketetapan Islam yang dikaji, tiada yang didapati, ia semuanya amat benar munasabah”

“Hidup kita ini amanah dan hadiah, marilah kita nikmati hadiah dan selalu ingat pada yang Memberi hadiah” 


Debat: Mencari Kebenaran, Kemenangan, Publisiti Atau Hanya Kerana Ego?

Debat Mencari Kebenaran

Sejak kebelakangan ini, isu perdebatan memanaskan suasana perbincangan di media sosial, lebih-lebih lagi apabila terdapat cabaran daripada satu pihak ke atas pihak yang lain. Jika dulu perdebatan lebih banyak popular dalam kalangan politikus, tetapi kini ia semakin popular dalam kalangan agamawan. Para pengamat dan peminat media sosial pula sering bertindak sebagai batu api dalam usaha memanaskan lagi suasana, sehingga ke tahap memuji dan memperlekeh pihak-pihak yang ingin berdebat dengan cara yang melampau. Isu perdebatan ini biasanya bermula daripada sikap tuduh-menuduh dan tuding menuding di antara satu pihak dengan pihak yang lain, dalam rangka mempertahankan pendapat atau tindakan masing-masing dan menyalahkan pendapat atau tindakan orang lain. Mahu tidak mahu, kita terpaksa akui bahawa setiap orang ada ego yang tersendiri dan apabila egonya tercabar, sudah semestinya akan dipertahankan, baik dengan cara yang benar mahupun salah.

Manakala dari sudut yang lain, isu perdebatan yang diperbesar-besarkan oleh media sosial bukan sahaja telah menaikkan ego pihak-pihak yang terlibat, tetapi sedikit-sebanyak telah melarikan fokus umat Islam daripada masalah yang sebenar. Tatkala umat Islam dilanda pelbagai masalah akibat penerapan sistem sekular dan penyelewengan oleh pemerintah, hak umat Islam dirampas, kos hidup semakin tinggi, kadar jenayah yang menakutkan, sistem pergaulan yang koyak rabak, negara yang semakin terjajah dek pengkhianatan pemerintah dan seribu satu masalah lainnya, ketika ini jugalah isu debat dipalu oleh pihak-pihak tertentu, seolah-olah perkara yang ingin diperdebatkan itu merupakan masalah utama umat Islam, yang dengan debat, akan selesailah segala masalah! Hakikatnya, isu yang dibawa lebih banyak bersifat cabang yang muncul daripada kenyataan-kenyataan peribadi atau melibatkan kepentingan kelompok/individu sahaja, bukannya melibatkan kemaslahatan ummah. Dengan melihat kepada ahli panel debat dan tajuk-tajuk yang ingin diperdebatkan pula, sesungguhnya setiap orang yang jernih hati dan pemikirannya sudah dapat menilai apakah debat tersebut sebenarnya bertujuan mencari kebenaran atau sekadar mencari publisiti atau sekadar menjadi medan untuk melampiaskan ego masing-masing.

Debat Menurut Islam

Berdebat iaitu al-jadal adalah al-tahawur (berdiskusi atau berdialog). Al-jadal didefinisikan sebagai penyampaian hujah atau yang disangka sebagai hujah oleh dua pihak yang berbeza pendapat. Berdebat bertujuan untuk membela pendapat atau mazhabnya, membatalkan hujah lawan dan mengubahnya kepada pendapat yang tepat dan benar menurut pandangannya. Di dalam Islam, berdebat adalah termasuk perkara yang diperintahkan syarak untuk menetapkan kebenaran dan membatalkan kebatilan, sebagaimana firman Allah SWT, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” [An-Nahl (16):125]. Dalam firmanNya yang lain, “Katakanlah, ‘Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar” [Al-Baqarah (2):111)]

Berdebat sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada diri seorang Muslim, apatah lagi seorang pengembang dakwah, kerana tugas seorang Muslim atau pengembang dakwah ialah sentiasa menyeru kepada kebenaran dan menghapuskan kebatilan, melakukan amar makruf nahi mungkar dan memerangi pemikiran yang sesat lagi batil. Semua ini merupakan kewajipan ke atas setiap Muslim. Oleh sebab itu, sekiranya berdebat menjadi salah satu uslub (cara/teknik) yang perlu dalam menyempurnakan aktiviti yang wajib tersebut, maka berdebat menjadi suatu kewajipan pula berdasarkan kaedah syarak, “Suatu kewajipan yang tidak sempurna (perlaksanaannya) tanpa sesuatu, maka sesuatu itu (hukumnya) wajib.”

Cuma perlu difahami bahawa di dalam Islam, perdebatan adalah untuk mencari kebenaran sekaligus memperbetulkan segala pendapat dan keyakinan yang salah. Seterusnya hasil yang diharapkan daripada perdebatan tersebut adalah agar terungkapnya pendapat mana yang benar atau kuat dan pendapat mana yang salah atau lemah. Apabila suatu pendapat atau keyakinan tersebut terbukti lemah dan salah, maka pendapat itu mestilah ditinggalkan dengan sikap lapang dada dan penuh keikhlasan, lalu berpegang kepada pendapat yang benar atau kuat.

Dalam aktiviti dakwah, debat dengan orang-orang kafir dalam rangka menegakkan kebenaran Islam dan menghapuskan kebatilan kekufuran memang merupakan lumrah. Namun demikian, debat sesama Muslim juga merupakan suatu yang lumrah dalam rangka mencari kebenaran. Apa yang perlu difahami ialah, selain memperbolehkan debat, dalam masa yang sama Islam telah menetapkan hukum dan panduan dalam berdebat agar mereka yang ingin melakukannya tidak terjerumus ke dalam perdebatan yang sia-sia dan lebih buruk, terjerumus ke dalam dosa, akibat melanggar hukum dan adab debat yang digariskan oleh Islam.

Perdebatan Yang Dilarang Dan Yang Dibolehkan

Walaupun Islam membolehkan debat, namun begitu terdapat debat yang dilarang dan dicela secara syarie sehingga menjadi satu bentuk kekufuran, seperti berdebat tentang Allah SWT dan ayat-ayatNya.

FirmanNya, “(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka. Amat besar kemurkaan (ke atas mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman” [Ghafir (40):35]. Berdebat tentang al-Quran untuk menetapkan bahawa al-Quran itu bukan mukjizat atau bukan berasal daripada Allah SWT juga merupakan kekufuran. Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana dituturkan oleh Abu Hurairah, “Berdebat tentang al-Quran adalah kekufuran” [HR Ahmad].

Debat yang diperintahkan oleh syarak adalah yang dilakukan berdasarkan dalil (hujah) atau syubhah al-dalil (yang disangka sebagai dalil). Selain daripada itu, ia dinamakan syaghab (penyimpangan) atau takhlith (mencampuradukkan yang hak dan batil). Ibnu Aqil mendefinisikan syubhah sebagai sesuatu yang disangka oleh satu mazhab sebagai suatu kebenaran, padahal kenyataannya tidak demikian. Manakala Ibnu Hazm mengertikan syaghab sebagai tindakan merekayasa hujah yang batil dengan menggunakan premis-premis yang rosak yang akan menggiring orang kepada kebatilan, yang juga disebut sebagai safsathah (mengelabui). Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa syaghab adalah berdebat tanpa menggunakan dalil mahupun syubhah al-dalil.

Seseorang Muslim itu tidak seharusnya suka mencari-cari perdebatan atau ingin terus terjun ke dalam perdebatan dalam setiap hal. Ya benar, al-Quran telah menjadikan debat sebagai salah satu uslub dalam menyampaikan kebenaran Islam, tetapi ini tidak bererti yang al-Quran memerintahkan kita untuk senang dalam berdebat atau bersikap suka mencari-cari perdebatan. Seorang Mukmin seharusnya memahami bahawa perdebatan hanyalah salah satu uslub (cara) dalam dakwah, tetapi bukan satu-satunya. Seharusnya debat dijadikan jalan terakhir dalam dakwah setelah dilakukan uslub-uslub lain yang lebih menyenangkan kedua-dua pihak, bukan sebaliknya mengawali dakwah dengan jalan perdebatan atau berbantah-bantahan antara satu sama lain.

Firman Allah SWT, “Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar” [Al-Anfal (8):46].

Sekiranya debat sudah menjadi jalan terakhir dalam usaha menegakkan hujah, maka amat penting untuk diperhatikan siapakah lawan debat kita. Hal ini penting kerana lawan debat seharusnya seorang yang kita kenali sebagai orang yang menginginkan atau mencari kebenaran, bukan seseorang yang jenis suka berdebat atau menjadikan debat sebagai jalan meraih agenda peribadi atau tujuan duniawi lainnya.

Rasulullah SAW mengingatkan, “Tidak ada satu kaum yang tersesat setelah mendapat petunjuk, melainkan kerana mereka suka berdebat.’ Kemudian Rasulullah SAW membaca (Surah al-Zukhruf ayat 58), ‘Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah sahaja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar” [HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad].

Namun, jika sewaktu berdebat barulah diketahui bahawa lawan debat kita itu adalah termasuk orang yang bukannya ingin mencari kebenaran, maka segeralah meninggalkan orang seperti itu dan beristighfarlah kepada Allah SWT agar kita tidak terus larut ke dalam debat yang tidak bermanfaat yang boleh menjerumuskan ke dalam dosa.  

Firman Allah SWT, “Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)” Al-An’am (6):68]. 

Dalam ayat lain, Allah SWT mengingatkan, “Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam” [Al-Nisa’ (4):140].

Larangan Allah SWT agar kita tidak duduk berserta (bersama) dengan golongan tersebut, termasuklah duduk dalam satu forum, satu pentas, satu perbincangan dan seumpamanya, sehingga keberadaan kita dalam majlis tersebut seperti meredhai atau mengesahkan majlis yang memperolok ayat-ayat Allah. Maka, kita diperintahkan untuk meninggalkan majlis tersebut demi menjaga keimanan dan ketakwaan kita agar tidak turut terlibat dalam melakukan perbuatan dosa dan sia-sia seperti golongan tersebut. Daripada berdebat, melayani atau mendengar golongan seumpama itu, lebih baik kita melakukan amal soleh. Setengah jam dihabiskan untuk berdakwah kepada mereka yang mencari kebenaran, jauh lebih baik daripada setengah jam dihabiskan secara sia-sia berdebat dengan orang yang tidak menginginkan kebenaran.

Adab Dan Etika Debat Dalam Islam

Sesungguhnya Islam telah menggariskan begitu banyak adab dan etika dalam berdebat yang dapat ditelaah daripada kitab-kitab yang telah ditulis oleh para ulama yang ikhlas. Antaranya yang utama ialah kita hendaklah meletakkan ketakwaan kepada Allah SWT yang bermaksud taqarrub (mendekatkan diri) kepadaNya dan mencari redhaNya dengan menjalankan perintahNya dalam setiap perdebatan. Niat berdebat hendaklah untuk mencari kebenaran dan melenyapkan kebatilan semata-mata, dan bukannya diniatkan untuk menang, mengalahkan, memaksa hujah dan mengaibkan lawan. Debat juga bukan dilakukan untuk mencari populariti, kebanggaan, kedudukan, meraih dukungan, sengaja mahu berbalah atau ingin dipuji. Debat mestilah diniatkan untuk memberikan nasihat kepada (mengingati) Allah SWT, agamaNya dan lawan debatnya. Ini kerana agama (Islam) adalah nasihat.

Apabila niat telah diluruskan, maka berdebatlah dan awali debat dengan memuji dan bersyukur kepada Allah SWT dan membaca selawat kepada RasulNya, seterusnya memohon dengan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT agar diberi taufik dan hidayah terhadap perkara yang diredhaiNya di sepanjang perdebatan. Berdebatlah dengan cara yang baik dan dengan pandangan serta suasana yang baik, sebagaimana pesan Rasulullah SAW, “Sesungguhnya petunjuk yang baik, cara yang baik dan tidak berlebih-lebihan adalah satu bahagian daripada dua puluh lima bahagian kenabian” [HR Ahmad dan Abu Daud]. Berdebatlah dengan singkat dan padat dalam perbicaraan iaitu berbicara sedikit, menyeluruh dan fasih. Terlalu banyak bicara akan mengundang kebosanan dan juga lebih mudah menimbulkan kekeliruan, kelemahan dan kesalahan.

Selain itu, amat penting untuk terlebih dahulu berpakat dengan lawan debat terhadap asas atau tajuk yang menjadi rujukan kedua-duanya dalam perdebatan tersebut dan berdebat dengan tidak lari atau terkeluar daripada asas atau tajuk tersebut. Asas perdebatan dengan orang-orang kafir hendaklah dibezakan dengan asas perdebatan dengan sesama Muslim, kerana perbezaan akidah antara kita dan mereka. Jangan merendah-rendahkan lawan diskusi atau memperlekehkan persoalannya. Dalam masa yang sama mesti menjauhi al-hiddah dan al-dhajjar (kebodohan) dalam berdiskusi. Seseorang pendebat juga tidak seharusnya emosi atau meninggikan suara dan hendaklah bersabar dengan lawan diskusi dan memaafkan kesalahannya. Tatkala berdebat, mesti berusaha memahami perkara yang disampaikan oleh lawan debat agar boleh membantahnya dan tidak sayugia meneruskan bicara sebelum lawan selesai bicara. Amat penting untuk sentiasa ingat bahawa seseorang Muslim itu tidak boleh berdebat dengan merasa riya’, hebat dan takjub terhadap pendapat sendiri dan tidak sombong atau ego untuk menerima kebenaran ketika kebenaran itu telah tampak pada lisan lawannya.

Khatimah

Fitnah ke atas Islam yang diakibatkan oleh golongan yang suka bersengketa dan berdebat memang berlaku sejak dulu. Ia berpunca daripada keegoan masing-masing yang tidak dapat menerima pendapat orang lain yang berbeza dengannya sehingga akhirnya berlaku tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, sesat-menyesatkan malah sampai ke tahap kafir-mengkafir dan saling berbunuhan. Mereka memilih untuk memusuhi sesama Muslim yang tidak sependapat dengan mereka, sehingga membenci dan memusuhinya dengan sungguh-sungguh dan dianggap jauh lebih berbahaya dari Amerika dan Yahudi, hanya kerana perbezaan pendapat! Walhal masing-masing mengaku diri mereka sebagai golongan yang paling mengikuti Sunnah! Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada segala persengketaan, keburukan dan perpecahan dan menyatukan hati-hati kita dan mempersatukan umat ini di dalam kebenaran dan di dalam sebuah negara yang diredhaiNya..


Ego tinggi merosakkan diri

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya” (Riwayat al-Bukhari).

Berasaskan hadis inilah apa yang jelas ialah sikap setiap pemimpin perlu untuk menjaga hak-hak yang dipimpin dengan sempurna. Begitulah jua betapa besarnya tanggungjawab seorang pemimpin terhadap orang yang dipimpinnya.

Dalam Islam kepimpinan dilihat sebagai satu tanggungjawab, bukan sebagai mengejar kuasa. Ini kerana kepimpinan dalam Islam wujud pada setiap peringkat sesuai dengan keadaan dan situasinya. Sebagai contoh kerajaan bertanggungjawab memimpin rakyatnya, ketua memimpin orang bawahannya, suami memimpin isteri, ibu bapa memimpin anak-anak dan sebagainya.

Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana kita mempunyai seorang tokoh teragung yang boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan asas kepimpinan iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah contoh yang dikagumi bukan sahaja oleh umat Islam malah disanjungi oleh ramai cendekiawan Barat kerana mempunyai kebolehan dalam memimpin sebuah negara dan bertanggungjawab penuh ke atas perlaksanaannya.

Dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin negara, baginda membuktikan bahawa keputusan berasaskan perbincangan adalah membawa kepada kejayaan. Imam Ibn Kathir juga telah memberi contoh beberapa perbincangan yang telah dilakukan oleh Rasulullah dengan para sahabat baginda dalam menyelesaikan konflik ketika dalam perang Badar, perang Ahzab dan dalam perjanjian Hudaybiah.

Sejarah Rasulullah SAW ini menjelaskan kepada kita bagaimana sistem perbincangan (syura) telah dibentuk dalam kalangan sahabat sehingga dapat membuat keputusan yang boleh dipercayai.

Sekiranya Rasulullah SAW boleh menerima pandangan sahabat-sahabatnya sedangkan baginda adalah merupakan penghulu kepada rasul, nabi dan umat manusia, maka mengapa hari ini ada segelintir pemimpin yang terlalu ego dan sombong untuk sekurang-kurangnya mendengar pandangan orang lain?

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa jawatan dan kedudukan yang dipegang, setinggi mana pun ia, tidak boleh menjadikan individu tersebut kebal dengan sebarang teguran dan pandangan. Lebih-lebih lagi kita adalah individu yang tidak maksum. Oleh itu, bersikap terbuka dan dapat menerima pendapat orang lain dilihat satu bentuk amalan yang perlu diteruskan terutama dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, sikap keterbukaan perlu ada dalam diri seseorang pemimpin. Ini bermakna apabila pemimpin itu mempunyai sikap keterbukaan maka ia akan bersedia mendengar apa jua pandangan dan buah fikiran daripada sesiapa sahaja sama ada daripada mereka yang lebih muda darinya atau sebaliknya, sama ada daripada kawan-kawannya mahupun lawan, sama ada daripada mereka yang berjawatan tinggi atau jawatan bawahan dan sebagainya.

Seandainya seseorang pemimpin dapat menghayati dan mengamalkan sikap secara positiif dan terbuka serta dapat menerima sesuatu teguran itu dengan berlapang dada, insya-Allah segala permasalahan akan dilalui dan dihadapi dengan tenang dan mudah. Tiada lagi sifat berprasangka buruk, dan tiada lagi sikap menunjuk-nunjuk siapa ego atau siapa kuat terutama dalam membuat keputusan dan sebagainya.

Namun jika kita perhatikan lawan kepada sikap keterbukaana ialah sikap tertutup pemimpin. Apabila sikap tertutup pemimpin ini menguasai diri, dalam keluarga dan masyarakat, maka kita dapat lihat pemimpin tersebut akan mengatakan dia yang lebih mengetahui segala-galanya tanpa mahu mendengar pandangan orang lain.

Akibat daripada sikap ini akan timbul satu perasaan ego dalam diri pemimpin tersebut. Ini bermakna apabila ada sikap tertutup maka dia akan menutup segala pintu perbincangan. Jika ada sekalipun, itu sekadar menegakkan pendiriannya atau lebih sekadar untuk mengesahkan fikirannya. Begitu juga, apabila dilihat penyertaan orang lain dalam perbincangan tidak lebih sekadar mengangguk kepala atau menjadi orang tukang angguk sahaja.

Seandainya sikap ini dimiliki oleh seorang pemimpin ia menjadi seorang pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai diktator. Cepat melenting bila ditegur, cepat marah pula apabila diberi pandangan atau hanya memberi senyuman sinis apabila ahli bawahannya menyatakan pandangan.

Jika sikap sebegini ada dalam diri seorang pemimpin atau ketua keluarga misalnya, kita pasti akan melihat hambatan ini untuk terus meniti kejayaan. Sikap sebegini adalah tidak elok diamalkan di dalam organisasi mahupun institusi kekeluargaan.

Sebaik-baiknya seorang pemimpin atau ketua tidak harus mempunyai sifat ego yang melampau dan sombong serta sikap tertutup kepada apa jua sesi perbincangan. Jikalau tidak bersetuju dengan pandangan orang lain, maka adalah lebih baik menggunakan bangkangan yang paling lembut dan berhikmah. Kenapa perlu bertelingkah, bergaduh atau bertengkar sedangkan kita mempunyai pilihan untuk bermesyuarat dalam suasana yang cukup harmoni, aman dan penuh ukhuwah melalui perbincangan dan sebagainya.

Di sinilah letaknya kebijaksanaan seseorang pemimpin dalam memimpin orang dibawahnya. Kemampuan pemimpin itu dalam mengawal emosi dalam semua situasi dengan tenang dan terkawal menjadikan pemimpin itu sentiasa dihormati dan dipuji sama ada dalam keluarga dan masyarakat.

Ingatlah kepimpinan yang berkesan merupakan tonggak penting untuk menjadi penggerak utama kejayaan sesebuah masyarakat. Bahkan kejayaan inilah bergantung kepada corak komunikasi kepimpinan yang ada dan sanggup menerima teguran membina, mendengar dan menerima pendapat, mudah diajak berbincang serta bersedia berkongsi maklumat.

Jelas apa yang dibincangkan menggambarkan kepada kita sikap keterbukaan ini sememangnya amat digalakkan dalam Islam dan seiring membantu melincinkan lagi perjalanan dan semoga membawa natijah yang baik dalam kemajuan organisasi. Di sinilah wujudnya hubungan yang baik antara manusia dalam memperbaiki komunikasi dalam masyarakat. Rasulullah SAW juga dalam sebuah hadis pernah bersabda   

“Berbincanglah dengan ahli yang mempunyai kepakaran kemudian ikutlah keputusan mesyuarat tersebut. Keputusan yang dibuat berasaskan mesyuarat adalah keputusan yang boleh dipercayai.”

Binasa umat akibat ego ulama dan jahil masyarakat

Ada sebahagian agamawan (boleh juga disebut sebagai ulama) mempunyai keegoan sehingga tidak mahu menzahirkan bahawa dia jahil akan sesuatu perkara, malu untuk menyatakan dia tidak tahu pada perkara yang hakikatnya memang dia tidak mempunyai ilmu ke atasnya. Lalu dia gopoh serta bermudah dalam memberi fatwa maka sesatlah seluruh umat, bukan hanya pada orang yang bertanya. Keadaan atau suasana ini terlalu banyak kita dapat lihat pada hari ini.

Sebahagiannya memetik dua, tiga dalil Al-Quran dan Hadis kemudian dengan segera memberi kesimpulan menggunakan akal (pandangan) semata-mata, seolah-olah dialah orang yang paling memahami maksud sebenar di sebalik dalil itu. Bahkan tanpa malu memperlekeh ulama-ulama terdahulu seperti menyebut mereka menulis tanpa ada metodologi atau pandangan mereka adalah kolot.

Rasulullah SAW sudah memperingatkan kita akan kewujudan kelompok ini di akhir zaman kelak:

Daripada Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama (orang-orang alim) sehingga jika tidak ada lagi seorang alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka.

Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Muttafaq ‘Alaih)


Perlu kita faham, antara Sunnah yang disarankan Rasulullah SAW ialah seseorang muslim itu tidak perlu menjawab suatu persoalan yang memang benar-benar dia tidak tahu.

“Sesiapa berfatwa sebelum yakin akan kebenarannya (fatwa tersebut), maka dosanya bagi yang berfatwa.” (HR Ibnu Majah)

Bahkan kita lihat dalam hadis lain, tidaklah menjadi suatu beban untuk Rasulullah SAW sendiri menyatakan “aku tidak tahu” pada persoalan yang baginda tidak ketahui.

Daripada Muhammad bin Jubair bin Muth’im daripada ayahnya, sesungguhnya ada seorang yang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata,

“Wahai Rasulullah tempat apakah yang paling buruk?”

Jawapan Rasul: “Aku tidak tahu”.

Ketika Jibril datang menjumpai Nabi, beliau bertanya kepada Jibril:

“Wahai Jibril, tempat apakah yang paling buruk?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu. Kutanyakan dulu kepada Rabbku (Allåh) azza wa jalla”.

Jibril lantas pergi, kemudian setelah beberapa waktu lamanya, Jibril datang dan berkata:

“Wahai Muhammad, engkau pernah bertanya kepadaku tentang tempat yang paling buruk, lalu jawabku adalah aku tidak tahu. Hal itu telah kutanyakan kepada tuhanku azza wa jalla, ‘Tempat apakah yang paling buruk?’. Jawab-Nya, “Pasar”.

Begitu juga Sahabat RA, istilah ‘tidak tahu’ itu seolah-olah sudah menjadi sebahagaian daripada ungkapan kebiasaan mereka.

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud pernah berkata:

“Barangsiapa antara kalian yang memiliki suatu ilmu, hendaklah ia mengatakannya. Dan barangsiapa yang tidak memiliki ilmu, katakanlah dalam permasalahan yang ia tidak ketahui itu : ‘Allahu a’lam’ (Allah lebih mengetahuinya), kerana seorang ulama itu adalah seorang yang jika ditanya tentang sesuatu yang tidak diketahuinya ia akan mengatakan : ‘Allahu a’lam’. (Riwayat Bukhari)


Hakikatnya fitnah berkaitan agama Islam yang banyak muncul pada hari ini bukanlah hanya disebabkan tindakan pihak golongan agamawan sahaja. Tetapi ianya adalah perbuatan salah yang timbul daripada kedua-dua belah pihak samada masyarakat yang ada serta golongan agamawan yang memandu.

Sikap golongan agamawan bermudah-mudah dalam mengeluarkan sesuatu pandangan atau fatwa serta masyarakat pula bermudah-mudah dalam melantik siapa yang akan dijadikan rujukan. Hal ini jelas disebut dalam hadis di awal tadi, kehancuran itu bermula apabila masyarakat yang telah bersikap mengangkat pemimpin di kalangan juhala’ (orang jahil).

Siapa yang baca Al-Quran sedap, berserban panjang, mempunyai sijil pendidikan hingga PhD, menjuarai sesuatu pertandingan realiti maka dia terus digelar ulama yang sepatutnya dirujuk. Segala persoalan dirujuk kepada mereka hinggalah kepada hal berkaitan negara walaupun hakikatnya dia sendiri langsung tidak pernah membaca perkara berkaitan siyasah syariah. Timbangan ini salah dan perlu diperbetulkan.

Ketidakseriusan kita dalam menghadapi masalah ini akan menghancurkan umat keseluruhannya. Kerana bermula dengan rosaknya kayu timbangan masyarakat maka akan melahirkan tindakan salah dalam hal golongan yang dijadikan rujukan, lalu kesalahan itu akan dibawa kepada bermudah dalam melantik pemimpin. Ketika suasana itu wujud, ianya adalah lambang kejatuhan sesebuah umat.

Kebenaran adalah kebenaran, kebenaran adalah milik Allah SWT yang telah diletakkan oleh-Nya di dalam Islam itu sendiri. Memahami kebenaran (Islam) hendaklah berpandukan Al-Quran, As-Sunnah serta panduan golongan salafussoleh yang telah lama menyinari jalan ini.

Jadikalan kata-kata Saidina Ali ini sebagai prinsip hidup kita:

“Seseorang itu dikenali dengan kebenaran yang dipegangnya dan bukanlah kebenaran itu dikira daripada siapa yang mengucapkannya.”

Ego orang berilmu hancurkan ummah

Berdendam, cakap ikut sedap mulut jejas silaturahim Islam agama menganjurkan hubungan persaudaraan atau silaturahim yang baik sama ada terhadap keluarga, saudara dan tetangga. Mengeratkan silaturahim adalah tuntutan dan memutuskannya dianggap dosa besar. Menghubungkan silaturahim bermaksud berbuat baik kepada keluarga dan tetangga dengan menyampaikan kebaikan, menjauhkan keburukan atau kezaliman, ziarah menziarahi, sering menanyakan keperluan, meraikan undangan dan saling menghormati dan berkongsi suka duka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri." (Surah al-Nisa, ayat 36) 

Allah SWT telah menggandingkan perintah bertakwa kepada Allah SWT dan tidak mensyirikkan-Nya dengan berbuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa, kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga dan sebagainya. Kewajipan tunai hak sesama makhluk Perintah itu menjelaskan kewajipan menunaikan hak Allah dan kewajipan menunaikan hak sesama makhluk. Allah SWT juga menggambarkan penyebab atau perosak silaturahim itu disebabkan sikap ego, sombong, takbur dan membanggakan diri. Ego adalah perosak silaturahim. Ia pastinya membawa kepada sikap mementingkan diri sendiri. Ego, sombong, takbur atau membanggakan diri adalah sifat mazmumah yang amat dibenci Allah SWT.

Mereka yang ego akan menganggap dirinya lebih istimewa dan mulia seterusnya mementingkan diri sendiri. Ingatlah, ego, sombong, takbur atau membanggakan diri adalah sifat iblis. Iblis telah menunjukkan keegoannya kepada Allah SWT, tatkala enggan sujud kepada Nabi Adam. Dia menganggap dirinya lebih hebat atau mulia kerana dijadikan daripada api berbanding Nabi Adam. Sikap ego Iblis ini akhirnya menyebabkan dia digolongkan sebagai kafir. Saat ini, apa yang merisaukan kita ialah sifat ego bukan hanya dimiliki oleh mereka yang jahil, kadangkala dimiliki juga oleh golongan berilmu. Bahayanya sifat ego kerana ia adalah kunci kepada segala sifat mazmumah. Ia akan menyebabkan seorang individu itu selalu meninggikan suaranya tanpa sebab, mudah naik marah seterusnya melenting, suka bertikam lidah, merasakan pandangannya adalah yang terbaik, lalu tidak mahu menerima pandangan orang lain, sukar untuk meminta maaf apabila bersalah dan susah untuk memaafkan. Keadaan akan menjadi lebih parah jika mereka yang ego ini mempengaruhi pula individu lain untuk menolak dan membenci mereka yang tidak sehaluan dengannya. Ringkasnya, inilah penyebab yang boleh memutuskan silaturahim sama ada dalam hubungan sesama keluarga, rakan dan tetangga. Bayangkanlah, apakah yang akan berlaku kepada umat Islam keseluruhannya jika ramai dalam kalangan kita terdiri daripada manusia yang ego? Sanggup menyimpan dendam bertahun lamanya dan menutup sebarang pintu rundingan dan kemaafan.

Dalam Islam, terdapat beberapa ancaman terhadap mereka yang memutuskan hubungan silaturahim antaranya, orang yang memutuskan silaturahim tidak diterima amalannya. Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh amal diperlihatkan pada hari Khamis dan Isnin maka pada hari itu Allah SWT memberikan keampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun kecuali seseorang yang bertengkar antara dia dan saudaranya. Maka dikatakan kepada malaikat: Biarkanlah kedua orang" (Riwayat Muslim) 

Fasik jika putus silaturahim Orang yang memutuskan silaturahim disifatkan al-Quran sebagai fasik, rugi dan sesat. Disandarkan kepada Saidina Ali, beliau menyatakan pemutus silaturahim itu disifatkan al-Quran dengan fasik, rugi dan sesat. Fasik ialah orang yang berperangai buruk, jahat, berdosa besar atau tidak mempedulikan perintah Allah. Lawan bagi sifat ego ini ialah tawaduk atau merendahkan diri dan tidak angkuh. Ia penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul melalui sifat ego kerana tawaduk berperanan melenyapkan sikap ego, berbangga diri, sombong dan mementingkan diri sendiri.

Orang yang tawaduk akan bersikap tenang, sederhana dan sungguh-sungguh serta menjauhi perbuatan sombong. Orang yang tawaduk akan patuh dan taat menerima kebenaran daripada sesiapa pun dan tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi daripada orang lain. Sesungguhnya Islam amat menganjurkan kita untuk bersifat tawaduk. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawaduk sehingga tiada yang bersikap bongkak terhadap orang lainnya dan tidak menganiaya orang lain." (Riwayat Muslim) 

Islam mewajibkan kita menjaga hubungan silaturahim sesama keluarga, rakan dan tetangga serta mengharamkan kita memutuskannya. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam mempraktikkan sifat tawaduk. Hasil kemuliaan akhlak, Baginda amat dicintai dan dihormati keluarga, kerabat, rakan, kenalan bahkan lawan.

Antara Ego Lelaki Dan Emosi Wanita

Bismillahirrahmanirrahim
 
Selalu terdengar : Seorang wanita selalu mengeluarkan kata kata prejudis tentang sikap lelaki , " orang lelaki ni selalu bersikap ego ". Seorang lelaki pula selalu memberi tanggapan satu lagi tentang wanita , " susahlah cakap dengan perempuan, selalu emosional ". Padahal keduanya merupakan sifat sifat yang secara fitrah diberikan oleh Allah SWT kerana pada kedua jenis mahkluQ ciptaanNya nya ada bidang tugas dan tanggungjawabnya masing masing.
 
Kedua-dua mahkluQ ini mempunyai peranan besar sebagai agen memperbanyak bilangan umat 
manusia yang merupakan penghuni yang terbaik di muka bumi. Bagaimana kedua makhluQ ini diciptakan oleh Allah dengan dua sifat / tanggungjawab yang berbeza tetapi dapat dipersatukan untuk memainkan peranan besar dan penting di atas ? Sudah tentu Allah telah mempersiapkan syariat yang dapat menjadikan keduanya makhluQ tadi pasangan yang hebat dibanding semua ciptaanNya yang juga berpasang pasangan.
 
Langkah penting yang harus dilakukan oleh kedua makhluQ lelaki dan wanita ini adalah berganding dalam rumahtangga yang diakuiNya dan taat menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang telah diperintahkanNya. Apabila seorang mukmin dan mukminah mempunyai kretaria di atas sudah tentu isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukan isu yang harus dipertikaikan . Ini disebabkan jika isu ini yang selalu diketengahkan maka kedua makhluQ ini akan selalu bersengketa dalam masa yang sama kedua makhluQ ini adalah ibarat magnet yang saling tarik menarik . Lebih jauh lagi adalah kita telah mengingkari qada dan qadar ciptaan Allah .
 
Lelaki dan Keegoannya
          
Dalam al Quran Allah berfirman , " Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ". Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahawa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat sifat kepemimpinan . Pada sifat sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dan tampil dengan memperlihatkan keegoannya .
          
Seorang wanita pula selalu melihat isu keegoan lelaki ini sebagai satu tekanan bukan sebagai satu penciptaan sehingga selalu seorang wanita selalu terlepas pandang untuk dapat mempelajari sesuatu tentang kebijakan ciptaan Allah SWT. Dalam menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri seorang wanita dituntut untuk selalu berlaku taat kepada lelaki yang bergelar suami sehingga apabila ada perintah yang tidak atau kurang disenangi oleh si wanita tadi atau perintah yang menghalang wanita / isteri tadi memperoleh keinginannya maka sudah tentu ketaatan tadi menjadi beban dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
          
Di lain pihak seorang lelaki yang tidak menghayati matlamat dan tujuan penciptaanNya sudah tentu menjadikan sifat sifat tersebut sebagai satu pijakan untuk memperlihatkan keperkasaan keegoan yang ada. Padahal sikap dan sifat kepemimpinan yang dipersiapkan oleh Allah tadi adalah bermaksud untuk melindungi wanita wanitanya bukan bertindak atau berlaku kasar apalagi menganiaya . Dalam hadis Nabi saw bersabda :
    
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya
 
Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya

Wanita dan Emosinya
 
Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan emosi kewanitaannya tetap nampak dan wujud tanpa dipinta. Walaupun seorang wanita dapat menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang wanita menyembunyikan fizikalnya sebagai seorang wanita ? Ini adalah sebuah ciptaan yang tidak dapat dimungkiri.
 
Dalam hadis Rasulullah saw bersabda :Wanita adalah ibarat tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Maka jikalau engkau cuba meluruskannya , maka engkau akan mematahkannya dan jikalau kau biarkan saja, maka ia akan tetap melengkung selama lamanya . Maka nasihatilah wanita dengan baik.
 
Allah menciptakan wanita dengan organ dan sistem tubuh untuk mengandung dan melahirkan anak. Untuk kesempurnaan tugas ini maka pada wanita dilengkapkan dengan sifat sifat , penyayang dan pelindung . Sifat sifat kewanitaan wanita yang saya maksudkan adalah lebih kepada sifat sifat sensitiviti terhadap ahlinya sehingga seorang wanita selalu lebih tampil dengan sifat sifat emosionalnya seolah olah wanita selalu tidak dikatakan tidak berpikiran rasional.
 
Seorang wanita yang faham tentang hadis di atas sudah tentu reda dirinya diperhatikan dan dikendalikan oleh pasangannya agar hidupnya tidak terjerumus kepada hal hal yang memudaratkan.

Lelaki sholeh dan Wanita sholehah
        
Dalam rumahtangga yang harmoni sudah tentu kedua makhluQ yang dipasangkan tidak menjadikan sifat ego dan sifat emosional sebagai dua sifat yang ditolak ke belakang tetapi seharusnya menjadikan kedua sifat tersebut sebagai gabungan kerja untuk menjayakan kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai satu matlamat.
         
Demikianlah juga dalam rumahtangga seorang mukmin, isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukanlah satu isu yang dapat menjadikan pasangan dalam sebuah rumahtangga untuk saling tuduh menuduh atau bercakaran satu sama lain. Ini disebabkan Allah SWT telah memberikan bimbingan hidup berumahtangga kepada hambaNya yang beriman . Dan Allah akan selalu memberikan inayah pertolonganNya kepada hamba yang selalu bertaqwa agar dapat mengharungi hidup kekal berpasanga..
 
 

Cara menghilangkan sifat egois dalam Islam

"Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, sebab telah datang seorang buta kepadanya, tahukah kalian barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).... (Qs. ‘Abasa : 1-4)" 

Dalam serapan asing dan bahasa Indonesia, kata egois berarti orang yang mementingkan diri sendiri, tidak peduli akan orang lain atau masyarakat. Dalam kamus bahasa Indonesia online, egois berarti tingkah laku yang didasarkan atas dorongan untuk keuntungan diri sendiri dari pada untuk kesejahteraan orang lain atau segala perbuatan dan tindakan selalu disebabkan oleh keinginan untuk menguntungkan diri sendiri. Ketika ada orang yang lebih mementingkan kepentingan dirinya sendiri ketimbang orang lain, maka kita sebut ia adalah orang egois. Begitu juga, saat ada orang yang selalu ingin menang sendiri, kita sebut orang itu dengan sebutan yang sama, yaitu egois. Pernahkah kita melalukan tindakan yang menurut orang lain itu egois? Padahal dalam diri kita sendiri, tindakan itu sama sekali bukan egois.

Cara menghilangkan sifat egois dalam Islam 

Tak jarang keegoisan seseorang membuat orang lain menjadi benci pada dirinya, bahkan tidak sedikit pula yang memusuhinya. Ketika awal mula berteman, sifat keegoisannya belum kelihatan, tetapi setelah lama-kelamaan akhirnya tahu juga bahwa sang teman mempunyai sifat egois. Tentu yang dilakukan adalah menjaga jarak dari sang teman atau memilih tidak menjadi temannya lagi. Coba kita bayangkan jika keegoisan tumbuh dalam sebuah keluarga. Biasanya, saat masih menjadi suami-istri baru, sifat egois tidak kelihatan, tetapi seiring berjalannya waktu akhirnya kelihatan juga. Jika tidak pintar dalam menyikapinya bisa dipastikan hubungannya tidak bertahan lama, dan berakhir dengan perceraian.

Nabi Pernah Egois 

Semua manusia pernah egois, tetapi kadang secara sadar atau pun tidak sadar tidak merasa melakukannya. Menurut sebuah riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir Ath-Thabari, demikian juga riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang diterima dari Ibnu Abbas : “Sedang Rasûlullâh menghadapi beberapa orang terkemuka Quraisy, yaitu Utbah bin Rabi’ah, Abu Jahal dan Abbas bin Abdul Muthalib dengan maksud memberi keterangan kepada mereka tentang hakikat Islam agar mereka sudi beriman. Pada waktu yang sama, masuklah seoranglaki -laki buta, yang dikenal namanya dengan Abdullah bin Ummi Maktum”. Dia masuk ke dalam majelis dengan tangan meraba-raba. Sejenak Rasûlullâh terhenti bicara, Ibnu Ummi Maktum memohon kepada Nabi agar diajarkan padanya beberapa ayat al-Qur’an. Beliau merasa terganggu sebab sedang menghadapi pemuka-pemuka Quraisy, kelihatanlah wajah beliau masam menerima permintaan Ibnu Ummi Maktum, sehingga perkataannya itu seakan-akan tidak beliau dengarkan. Beliau terus juga menghadapi pemuka-pemuka Quraisy itu.

Akhirnya Allâh menurunkan surat ‘Abasa yang artinya : Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, sebab telah datang seorang buta kepadanya, tahukah kalian barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).... (Qs. ‘Abasa : 1-4) Setelah ayat itu turun, sadarlah Rasûlullâh saw akan kekhilafannya itu. Lalu segera beliau hadapilah Ibnu Ummi Maktum dan beliau perkenankan apa yang ia minta. Ibnu Ummi Maktum pun menjadi seorang yang sangat disayangi oleh Rasûlullâh saw. Allâh swt begitu halus mengingatkan Rasûlullâh saat beliau sedikit saja melakukan kesalahan, sebab menurut Rasûlullâh melobi para pembesar Quraisy lebih penting dibandingkan dengan melayani Ibnu Ummi Maktum.

Tipe Egois 

Sikap egois bisa kita temukan dimana pun, lebih tepatnya adalah dalam kehidupan kita sehari-hari. Salah satu ciri orang yang egois; Mendustakan ayat-ayat Allâh, ingin menang sendiri, suka mengatur tapi tidak mau diatur, dan keras kepala.

Pertama, mendustakan ayat-ayat Allâh swt. Dalam hal ini cakupannya sangat luas sekali. Orang kafir bisa dikategorikan orang yang egois, sebab mereka enggan memeluk islam. Padahal agama Islam adalah agama penyempurna bagi agama sebelumnya. Sehingga jelaslah bahwa mereka adalah orang-orang yang bisa dikatakan orang yang super egois. Orang yang mengaku muslim (orang Islam) tetapi tidak melaksanakan perintah-perintah Allâh maka termasuk ke dalam orang-orang egois. Misalnya saja tidak melaksanakan sholat lima waktu, dan amalan-amalan yang lain yang Allâh perintahkan, serta tidak meninggalkan apa yang Allâh larang, misalnya mabuk-mabukan, berfoya-foya, dan lain sebagainya. Pengertian egois yang dimaksud di sini, yaitu mereka egois pada dirinya sendiri dan seolah tidak peduli dengan pahala dan ancaman Allâh swt. Padahal akibat ke-egois-an merekalah Allâh swt memberikan sebuah peringatan melalui tentara-tentaranya. Misalnya saja Allâh mengirimkan tentara air, tanah, angin, dan sebagainya. Sehingga timbullah banjir, angin puting beliung, longsor, gempa bumi dan lainnya.

Kedua, ingin menang sendiri. Menang dan kalah dalam sebuah pertandingan adalah hal yang lumrah. Menjadi bermasalah saat ada orang yang ingin menang sendiri, tidak mau kalah. Untuk apa menang kalau tidak sportif, menang seperti ini sama saja kalah. Tentu, kemenangan sesungguhnya adalah menang yang diperoleh dengan secara sportif, tentu cara seperti ini lebih terhormat. Akibat sifatnya inilah biasanya seseorang dijauhi serta di musuhi teman-temannya. Orang yang ingin menang sendiri biasanya tidak peduli dengan apa yang ia lakukan, walaupun itu sebetulnya salah. Untuk itu berhati-hatilah bila mempunyai teman yang seperti ini. Sedini mungkin untuk diingatkan sebelum hal-hal yang tidak diinginkan terjadi. Jika bukan anda sebagai sahabatnya, maka siapa lagi.

Ketiga, suka mengatur tapi tidak mau diatur. Seorang pemimpin dituntut untuk mampu memimpin bawahannya. Tetapi masa menjadi seorang pemimpin itu ada batas dan jangka waktunya. Ketika menjadi seorang pemimpin ia bisa mengatur anggotanya seperti apa yang diinginkan. Tetapi saat masa jabatannya habis, ia kembali menjadi anggota, maka harus siap diatur pemimpin yang baru. Sama seperti dirinya mengatur saat menjadi pimpinan. Saat ini, banyak sekali kita temukan orang-orang yang siap memimpin tetapi tidak siap dipimpin. Ketika ia sudah tidak lagi memegang jabatan sebagai pemimpin, ia memilih keluar. Inilah potret yang saat ini terjadi dan sudah membudaya. Akhirnya bermusuhan dan saling menjatuhkan satu sama lain, sehingga perseteruan ini tanpa akhir alias jadi “musuh bebuyutan”.

Keempat, keras kepala. Keras kepala identik dengan sebutan kepala batu, artinya isi kepalanya sangat keras sehingga sangat sulit untuk dihancurkan. Orang berkepala batu yaitu orang yang tidak bisa menerima masukan dari orang lain. Orang yang berkepala batu biasanya berpasangan dengan muka tembok dan keras hati. Jika tiga unsur ini sudah menyatu, maka sangat sulit untuk mengubahnya apa lagi untuk diingatkan. Orang yang keras kepala pada masa Nabi Musa as adalah Fir’aun, dan akhirnya Allâh swt tenggelamkan Fir’aun dan tentaranya di tengah lautan. Tak hanya itu, pada masa Nabi Nuh as. umatnya juga sangat keras kepala. Sehingga Allâh swt mengirimkan banjir bandang yang sangat dahsyat, sehingga tidak ada yang selamat dari umatnya Nabi Nuh walaupun pun mereka lari ke atas gunung. Kecuali yang ikut naik kapal dengan Nabi Nuh as mereka selamat.

Cara menghilangkan sifat egois dalam Islam 

Pribadi egois adalah pribadi yang melihat segala sesuatu dari kacamatanya. Dia tidak bisa memahami pikiran orang, perasaan orang, dan selalu menuntut orang untuk mengikuti pendapatnya. Pribadi egois juga pribadi yang mementingkan dirinya sendiri, ia tidak bisa mempertimbangkan kebutuhan orang, senantiasa mengedepankan kebutuhannya di atas kebutuhan orang lain. Dapat disimpulkan bahwa pribadi yang egois adalah pribadi yang susah sekali untuk tulus, sebab ujung-ujungnya untuk kepentingannya sendiri. Ada beberapa tips untuk menghilangkan sifat egois: Selalu berpikiran baik (husnudzhon) pada orang lain, jangan biarkan pikiran negatif masuk kepikiranmu. Jangan suka membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain. Kembangkan empati kita pada orang lain. Kembangkan sikap melayani dan mendahulukan kepentingan orang lain. Perbanyaklah senyum, ingat selalu bahwa senyum itu ibadah. Sekali lagi, semua kembali ke diri kita masing-masing. Dan jangan lupa berdo’a kepada Allah agar hati kita dapat di kontrol dan kita selalu diberikan hidayah-Nya. Karena hanya Allah yang dapat membolak-balikkan perasaan manusia.

Egois adalah sifat yang tumbuh alami dari dalam diri manusia. Karena saking alaminya, sampai manusia tidak menyadari kehadiran sifat egois itu sendiri. Sampai sekarang pun belum ada obat yang bisa menghilangkan sifat egois dari dalam diri manusia. Obat yang dicari adalah bukan obat berbentuk kapsul atau tablet, bukan pula berbentuk sirup yang diberikan oleh sang dokter. Rasûlullâh SAW bersabda : "Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar...’, yang membuat para Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasûlullâh ?"Rasûlullâh berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Perang melawan hawan nafsu adalah perang yang sesungguhnya. Filsafat kuno juga menyebutkan, musuh terbesar adalah diri sendiri. Karena dalam diri manusia terdapat sifat-sifat buruk. Amarah, dendam, iri, dan benci adalah contoh sifat manusia buruk. Begitu juga dengan egois. Untuk itu, melawan musuh yang ada dalam diri sendiri sangat sulit. Maka sebenarnya, saat ini secara tidak langsung kita sedang berperang melawan diri sendiri. Berperang melawan sifat sifat buruk yang timbul secara alami di dalam diri kita.

Mungkin hanya kebesaran iman kitalah yang mampu melawan itu semua. Hanya imanlah yang mampu menjadi obat penawarnya untuk melawan egois itu. Abu Bakar Al-Warraq berkata :“Jika hawa nafsu mendominasi, maka hati akan menjadi kelam, Jika hati menjadi kelam, maka akan menyesakkan dada. Jika dada menjadi sesak, maka akhlaknya menjadi rusak. Jika akhlaknya, maka masyarakat akan membencinya dan iapun membenci mereka”.

Dengan mengedepankan iman, tentu sifat-sifat egois yang terdapat dalam diri kita akan bisa diredam. Bantuan Allâh swt lah yang menjadi tumpuan terakhir agar kita terbebas dari sifat-sifat buruk itu, dan selalu dalam bimbingan-NYA. Semoga kita termasuk kedalam hamba-hamba yang mendapat perlindungan Allâh swt.

Amîn

Egois

Dalam serapan asing dan bahasa Indonesia, kata egois berarti orang yang mementingkan diri sendiri, tidak peduli akan orang lain atau masyarakat. Dalam kamus bahasa Indonesia online,  egois berarti tingkah laku yang didasarkan atas dorongan untuk keuntungan diri sendiri dari pada untuk kesejahteraan orang lain atau segala perbuatan dan tindakan selalu disebabkan oleh keinginan untuk menguntungkan diri sendiri. 

Menurut bahasa egois berasal dari kata “ego” yang sebenarnya bukanlah sesuatu yang negative. Ego dapat memiliki makna sebagai “aku”; sebuah pribadi, diri sendiri, sebuah konsep individu tentang dirinya sendiri. Tidak ada yang negative dari kata ini. ego justru merupakan suatu langkah kebaikan dimana seorang individu sadar akan dirinya sendiri. Namun, ketika kata “ego” diberi akhiran –is dan menjadi “egois”, artinya menjadi individu yang mementingkan diri sendiri. Penelitian menunjukkan bahwa seorang yang pandai dan berkuasa cenderung memiliki sifat egois, karena memang jalan pikiran dialah yang dirasa benar. Ini kaitanya dengan pola pikir.

Sebenarnya, sikap egois itu tidak selalu menjurus kearah yang negative, namun disaat sifat egois atau sifat ke “aku”an ini sangat besar, timbullah masalah-masalah. Pribadi egois adalah pribadi yang melihat segala sesuatu dari kacamatanya. Ia tidak bisa memahami pikiran orang, perasaan orang dan selalu menuntut orang untuk mengikuti pendapatnya. Pribadi egois juga pribadi yang mementingkan dirinya sendiri, dia tidak bisa mempertimbangkan keperluan orang, senantiasa mengedepankan kepentingan nya diatas keperluan orang lain. Jadi, pribadi yang egois adalah pribadi yang susah sekali untuk tulus, sebab ujung ujungnya atau akhirnya ia tetap akan membawa kepada, hanya untuk kepentingan nya sendiri. Sebaiknya kita harus mengurangi, menghakis sifat egois yang ada dalam diri kita. Bagaimana cara untuk mengurangi, menghais sifat egois????. Berikut ini tipe orang egois :

1. Mendustakan ayat-ayat Allah

Orang yang mengaku muslim (orang Islam) tetapi tidak melaksanakan perintah-perintah Allâh maka termasuk ke dalam orang-orang egois. Pengertian egois yang dimaksud di sini, yaitu mereka egois terhadap dirinya sendiri dan seolah tidak peduli dengan pahala dan ancaman Allâh swt. Padahal akibat ke-egois-an merekalah Allâh swt memberikan sebuah peringatan melalui tentara-tentaranya. Misalnya saja Allâh mengirimkan tentara air, tanah, angin, dan sebagainya. Sehingga timbullah banjir, angin puting beliung, longsor, gempa bumi dan lainnya.

Allah berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan aat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan pintu-pintu langit (ampunan) dan mereka tidak (pula) masuk surga, hingga unta masuk lubang jarum. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kejahatan” (QS. Al-A’raaf : 40)

2. Sok tahu

Sok tahu' pada dasarnya adalah "merasa sudah cukup berpengetahuan" padahal sebenarnya kurang tahu. Masalahnya, orang yang sok tahu biasanya tidak menyadarinya

3. Ingin menang sendiri

Tidak mau kalah atau menang sendiri merupakan satu sikap buruk dalam pergaulan, interaksi sosial, maupun kehidupan rumah tangga. Orang yang memiliki karakter seperti ini cenderung otoriter, sombong, dan tidak kenal kompromi. Segala sesuatu harus dibawah kekuasaan dan tunduk pada keinginannya. Jangankan menerima pendapat orang lain, mendengarnya saja sudah tidak mau. Orang yang ingin menang sendiri biasanya tidak peduli dengan apa yang ia lakukan, walaupun itu sebetulnya salah.

4. Suka mengatur tapi tidak mau diatur

Saat ini, banyak sekali kita temukan orang-orang yang siap memimpin tetapi tidak siap dipimpin. Ketika ia sudah tidak lagi memegang jabatan sebagai pemimpin, ia memilih keluar. Inilah potret yang saat ini terjadi dan sudah membudaya. Akhirnya bermusuhan dan saling menjatuhkan satu sama lain, sehingga perseteruan ini tanpa akhir alias jadi “musuh bebuyutan”.

5. Keras kepala.

Keras kepala identik dengan sebutan kepala batu, artinya isi kepalanya sangat keras sehingga sangat sulit untuk dihancurkan. Orang berkepala batu yaitu orang yang tidak bisa menerima masukan dari orang lain. Orang yang berkepala batu biasanya berpasangan dengan muka tembok dan keras hati. Jika tiga unsur ini sudah menyatu, maka sangat sulit untuk mengubahnya apa lagi untuk diingatkan.

Tips untuk mengurangi egois dari diri kita :
 

1. Memohon kepada Allah agar terhindar dari keburukan sifat egois
2. Belajar ikhlas
3. Tanamkan dalam diri, bahwa kita tidak bisa hidup sendiri
4. Biasakan mengucapkan “terima kasih” dan “maaf”
5. Berprasangka baik terhadap orang lain
6. Empati kepada orang lain


Egois adalah sifat yang tumbuh alami dari dalam diri manusia. Karena saking alaminya, sampai manusia tidak menyadari kehadiran sifat egois itu sendiri.

Rasûlullâh SAW bersabda : "Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar...’, yang membuat para Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasûlullâh? "Rasûlullâh berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Perang melawan hawan nafsu adalah perang yang sesungguhnya. Karena  dalam diri manusia terdapat sifat-sifat yang buruk. Amarah, dendam, iri, dan benci adalah contoh sifat manusia yang buruk. Begitu juga dengan egois. Untuk itu, melawan musuh yang ada dalam diri sendiri sangat sulit. Maka sebenarnya, saat ini secara tidak langsung kita sedang berperang melawan diri sendiri. Berperang melawan sifat sifat buruk yang timbul secara alami di dalam diri kita. Mungkin hanya kebesaran iman kitalah yang mampu melawan itu semua. Hanya imanlah yang mampu menjadi obat penawarnya untuk melawan egois itu. Abu  Bakar Al-Warraq berkata :“Jika hawa nafsu mendominasi, maka hati akan menjadi kelam, Jika hati menjadi kelam, maka akan menyesakkan dada. Jika dada menjadi sesak, maka akhlaknya menjadi rusak. Jika akhlaknya, maka masyarakat akan membencinya dan iapun membenci mereka”.

Dengan mengedepankan iman, tentu sifat-sifat egois yang terdapat dalam diri kita akan bisa diredam. Bantuan Allâh swt lah yang menjadi tumpuan terakhir agar kita terbebas dari sifat-sifat buruk tersebut, dan selalu dalam bimbingan-NYA. Semoga kita termasuk kedalam hamba-hamba yang mendapat perlindungan..

Aamîiiin Ya Allâh Aamîiiin


Perbedaan Psikologi Barat dengan Psikologi Islam

1. Jika Psikologi Barat merupakan produk pemikiran dan penelitian empiric, Psikologi Islam , sumber utamanya adalah wahyu Kitab Suci Al Qur’an, yakni apa kata kitab suci tentang jiwa, dengan asumsi bahwa Allah SWT sebagai pencipta manusia yang paling mengetahui anatomi kejiwaan manusia. Selanjutnya penelitian empiric membantu menafsirkan kitab suci.

2. Jika tujuan Psikologi Barat hanya tiga; menguraikan, meramalkan dan mengendalikan tingkah laku, maka Psikologi Islam menambah dua poin; yaitu membangun perilaku yang baik dan mendorong orang hingga merasa dekat dengan Allah SWT.

3. Jika konseling dalam Psikologi Barat hanya di sekitar masalah sehat dan tidak sehat secara psikologis, konseling Psikologi Islam menembus hingga bagaimana orang merasa hidupnya bermakna, benar dan merasa dekat dengan Allah SWT

4. Pendekatan Psikologi Islami dalam Intervensi
Sampai saat ini, sebagaimana yang dikemukakan oleh Atkinson, terdapat enam teknik psikoterapi/Intervensi/penanganan psikologis yang digunakan oleh para psikiater atau psikolog.

a. Teknik terapi psikoanalisis, yaitu bahwa di dalam tiap-tiap individu terdapat kekuatan-kekuatan yang saling berlawanan yang menyebabkan konflik internal tidak terhindarkan. Konflik yang tidak disadari itu memiliki pengaruh yang kuat pada perkembangan kepribadian individu, sehingga menimbulkan stres dalam kehidupan. Teknik ini menekankan fungsi pemecahan masalah dari ego yang berlawanan dengan impuls seksual dan agresif dari id. Model ini banyak dikembangkan dalam Psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Menurut Freud, paling tidak terdapat lima macam teknik penyembuhan penyakit mental, yaitu dengan mempelajari otobiografi, hipnotis, catharsis, asosiasi bebas, dan analisis mimpi. Teknik terapi Psikoanalisis Freud pada perkembangan selanjutnya disempurnakan oleh Jung dengan teknik terapi Psikodinamik.

b. Teknik terapi perilaku, yang menggunakan prinsip belajar untuk memodifikasi perilaku individu. Teknik ini antara lain desensitisasi sistematik, flooding, penguatan sistematis, pemodelan dan pengulangan perilaku yang pantas, dan teknik regulasi diri perilaku.

c. Teknik terapi kognitif perilaku, yaitu teknik memodifikasi perilaku dan mengubah keyakinan maladaptif. Ahli terapi membantu individu mengganti interpretasi yang irasional terhadap terhadap suatu peristiwa dengan interpretasi yang lebih realistik. Atau, membantu pengendalian reaksi emosional yang terganggu, seperti kecemasan dan depresi dengan mengajarkan mereka cara yang lebih efektif untuk menginterpretasikan pengalaman mereka.

d. Teknik terapi humanistik, yaitu teknik dengan pendekatan fenomenologi kepribadian yang membantu individu menyadari diri sesungguhnya dan memecahkan masalah mereka dengan intervensi ahli terapi yang minimal. Gangguan psikologis yang diduga timbul jika proses pertumbuhan potensi dan aktualisasi diri terhalang oleh situasi atau oleh orang lain. Carl Rogers, yang mengembangkan psikoterapi yang berpusat pada klien (client-centered-therapy), percaya bahwa karakteristik ahli terapi yang penting untuk kemajuan dan eksplorasi-diri klien adalah empati, kehangatan, dan ketulusan.

e. Teknik terapi eklektik atau integrative, yaitu memilih dari berbagai teknik terapi yang paling tepat untuk klien tertentu, ketimbang mengikuti dengan kaku satu teknik tunggal. Ahli terapi mengkhususkan diri dalam masalah spesifik, seperti alkoholisme, disfungsi seksual, dan depresi. Keenam, teknik terapi kelompok dan keluarga. Terapi kelompok adalah teknik yang memberikan kesempatan bagi individu untuk menggali sikap dan perilakunya dalam interaksi dengan orang lain yang memiliki masalah serupa. Sedang terapi marital dan terapi keluarga adalah bentuk terapi kelompok khusus yang membantu pasangan suami-istri, atau hubungan orang tua dan anak, untuk mempelajari cara yang lebih efektif, untuk berhubungan satu sama lain dan untuk menangani berbagai masalahnya.

Berbagai teknik terapi di atas, tak satupun menyebutkan teknik terapi ukhrawi (psikoterapi yang berpijak pada ajaran agama). Freud bahkan dalam The Future of an Illusions menganggap bahwa orang yang memeluk suatu agama berarti ia telah menderita delusi, ilusi, dan perasaan menggoda pikiran (obsessional neurosis) yang berasal dari ketidakmampuan manusia (helplesness) dalam menghadapi kekuatan alam di luar dirinya dan juga kekuatan insting dari dalam dirinya sendiri. Agama merupakan kumpulan neurosis atau kekacauan mental yang disebabkan oleh kondisi serupa dengan kondisi yang menimbulkan neurosis pada anak-anak. Hal itu menunjukkan bahwa satu-satunya psikoterapi yang dikembangkan dalam psikoterapi psikoanalisis adalah psikoterapi duniawi, sebab teori-teorinya didasarkan atas paradigma antroposentris, yang tidak mengenal dunia spiritual atau agama.

Carl Gustav Jung, seorang putra mahkotanya sendiri tetapi kemudian membangkangnya – terpaksa mengadakan penelitian pada mitologi, agama, alkemi dan astrologi. Penelitiannya ini dapat membantu kejelasan archetipe-archetipe yang sulit diperoleh dari sumber-sumber kontemporer. Selanjutnya, Allport juga membantah teori Freud. Para psikolog kontemporer tidak berhasil menemukan patologi-patologi yang terjadi pada pemeluk agama yang salih. Pemeluk agama yang shaleh justru mampu mengintegrasikan jiwanya dan mereka tidak pernah mengalami hambatan-hambatan hidup secara serius. Dengan uraian di atas, teori Freud yang hanya mengutamakan psikoterapi duniawi tidak dapat dipertahankan lagi dan dipandang perlu untuk penambahan psikoterapi lain yang dikaitkan dengan kehidupan agama (religius), yakni psikoterapi ukhrawi yang berasaskan agama.

Al-Ghazali lebih menyoal penyakit jiwa dari sudut perilaku (al-akhlak) positif dan negatif, sehingga bentukbentuk terapinya juga menggunakan terapi perilaku. Dalam hal ini ia menyatakan : Menegakkan (melakukan) akhlak (yang baik) merupakan kesehatan mental, sedang berpaling dari penegakan itu berarti suatu neurosis dan psikosis.

Kutipan tersebut menunjukkan bahwa bentuk-bentuk psikoterapi menurut Al-Ghazali adalah meninggalkan semua perilaku yang buruk dan rendah, yang mengotori jiwa manusia, serta melaksanakan perilaku yang baik untuk membersihkannya. Perilaku yang baik dapat menghapus, menghilangkan dan mengobati perilaku yang buruk. Upaya seperti itu dapat menjadikan jiwa manusia suci, bersih, dan fitri sebagaimana ia baru dilahirkan dari rahim ibunya. Pendekatan agama dapat dilakukan dan memberikan rasa nyaman terhadap pikiran, kedekatan terhadap Tuhan dan doa-doa yang disampaikan akan memberikan harapan-harapan positif.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam Ighatsah al-Lahfan lebih spesifik membagi psikoterapi dalam dua kategori,yaitu tabi iyyah dan syar iyyah. Psikoterapi tabi iyyah adalah pengobatan secara psikologis terhadap penyakityang gejalanya dapat diamati dan dirasakan oleh penderitanya dalam kondisi tertentu, seperti perasaan kecemasan, kegelisahan, kesedihan, dan amarah. Penyembuhannya dengan cara menghilangkan sebab-sebabnya. Psikoterapi syar iyyah adalah pengobatan secara psikologis terhadap penyakit yang gejalanya tidak dapat diamati dan tidak dapat dirasakan oleh penderitanya dalam kondisi tertentu, tetapi ia benar-benar penyakit yang berbahaya, sebab dapat merusak kalbu seseorang, seperti penyakit yang ditimbulkan dari kebodohan, syubhat, keragu-raguan, dan syahwat. Pengobatannya adalah dengan penanaman syariah yang datangnya dari Tuhan. Hal itu dipahami dari QS. Al-Anam : 125 : Barangsipa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.

Dewasa ini berkembang perhatian terhadap hubungan antara agama dengan kesehatan mental atau gangguan mental, khususnya yang terkait dengan proses penyembuhan.

Setelah mempelajari teks-teks Al-Quran, Muhammad Abd Al-Aziz Al-Khalidi membagi obat (syifa) dengan dua bagian : Pertama, obat hissi, yaitu obat yang dapat menyembuhkan penyakit fisik, seperti berobat dengan air, madu, buah-buahan yang disebutkan dalam Al-Quran; kedua, obat manawi, yaitu obat yang dapat menyembuhkan penyakit ruh dan kalbu manusia, seperti doa-doa dan isi kandungan dalam Al-Quran.

Pembagian dua kategori obat tersebut didasarkan atas asumsi bahwa dalam diri manusia terdapat dua substansi yang bergabung menjadi satu, yaitu jasmani dan ruhani. Masing-masing substansi ini memiliki sunnah (hukum) tersendiri yang berbeda satu dengan yang lain. Kelainan (penyakit) yang terjadi pada aspek jasmani harus ditempuh melalui sunnah pengobatan hissin, bukan dengan sunnah pengobatan manawi seperti berdoa. Tanpa menempuh sunnahnya maka kelainan itu tidak akan sembuh. Permasalahan tersebut menjadi lain apabila yang mendapat kelainan itu kepribadian (tingkah laku) manusia91. Kepribadian merupakan produk fitrah nafsani (jasmani-ruhani). Aspek ruhani menjadi esensi kepribadian manusia, sedang aspek jasmani menjadi alat aktualisasi. Oleh karena kedudukan seperti ini maka kelainan kepribadian manusia tidak akan dapat disembuhkan dengan sunnah pengobatan hissi, melainkan dengan sunnah pengobatan manawi. Demikian juga, kelainan jasmani seringkali disebabkan oleh kelainan ruhani dan cara pengobatannya pun harus dengan sunnah pengobatan manawi pula.

Sebenarnya pendekatan agama dalam penyembuhan gangguan psikologis, merupakan bentuk yang paling tua. Telah beberapa abad lamanya, para Nabi atau para penyebar agama melakukan peranan-peranan therapeutic, terutama dalam menyembuhkan penyakit-penyakit rohaniah umatnya.

Seperti Nabi Muhammad SAW telah menyembuhkan penyakit mental atau gangguan psikologis orang-orang jahiliyah Quraisy dengan melalui agama islam, sehingga mereka menjadi manusia yang berakhlak mulia (bermental sehat). Indikator dari gangguan psikologis mereka itu nampak dalam penyimpangan perilaku seperti: (a) mengubur hidup-hidup (ngaruang kerepes) anak wanita, karena mereka inferior, rendah diri, merasa terhina, apabila memiliki anak wanita, (b) prostitusi atau perzinahan, (c) meminum minuman keras, (d) musyrik, menyembah kepada berhala bukan kepada Allah, (e) saling memusuhi, peperangan, atau tawuran antar suku, dan (f) melakukan perbudakan (pelecehan terhadap nilai-nilai atau harkat dan martabat manusia).

Semakin kompleks kehidupan, semakin dirasakan pentingnya penerapan mental hygiene yang bersumber dari agama dalam rangka megembangkan atau mengatasi kesehatan mental manusia (masyarakat).

Ada kecenderungan bahwa orang-orang di zaman modern ini semakin rindu atau haus akan nilai-nilai agama, sehingga tausiah, nasihat, atau kesempatan dialog dengan para kyai, ustadz, atau ajengan sangat diharapkanya. Mereka merindukan hal itu dalam upaya mengembangkan wawasan keagamaan, atau mengatasi masalah-masalah kehidupan yang sulit diatasinya tanpa nasihat keagamaan tersebut.

Muhammad Mahmud Mahmud, seorang psikolog muslim ternama, membagi psikoterapi Islam dalam dua kategori; Pertama, bersifat duniawi, berupa pendekatan dan teknik-teknik pengobatan setelah memahami psikopatologi dalam kehidupan nyata; Kedua, bersifat ukhrawi, berupa bimbingan mengenai nilai-nilai moral, spiritual, dan agama.
Model psikoterapi yang pertama lebih banyak digunakan untuk penyembuhan dan pengobatan psikopatologi yang biasa menimpa pada sistem kehidupan duniawi manusia, seperti neurasthenia, hysteria, psychasthenia, schizophrenia, Manic depressive psychosis, kelainan seks, paranoia, psychosomatik, dan sebagainya.

Dalam Islam, sholat dan metode zikir ditengah malam akan memberikan rasa nyaman dan rasa percaya diri lebih dalam menghadapi masalah. Rasa cemas akan turun. Tindakan bunuh diri dilarang dalam Islam, bila iman semakin kuat maka dorongan bunuh diri (tentamina Suicidum) pada simtom depresi akan hilang. Metode zikir (berupa Asmaul Husna) juga efektif menyembuhkan insomnia.

Menurut Abdul Mujib dan Jusuf Mudzakir (2001) psikoterapi dalam Islam yang dapat menyembuhkan semua aspek psikopatologi, baik yang bersifat duniawi, ukhrawi maupun penyakit manusia modern adalah sebagaimana ungkapan dari Ali bin Abi Thalib sebagai berikut:
Obat hati itu ada lima macam:

1. membaca Al-Quran sambil mencoba memahami artinya,
2. melakukan shalat malam,
3. bergaul dengan orang yang baik atau shalih,
4. memperbanyak shaum atau puasa,
5. dzikir malam hari yang lama.

Barang siapa yang mampu melakukan salah salah satu dari kelima macam obat hati tersebut maka Allah akan mengabulkannya (permintaannya dengan menyembuhkan penyakit yang diderita).